Friday, October 28, 2011

!



STRESSSSSSSSS!!!!!!!!!!!
AARRRGGGGHHHHHH!!!!!!
AKU DAH PENAT LAYAN KERENAH ORANG!!!

Thursday, October 27, 2011

SiBuK...




Sekarang ni memang aku busy sangat
Nak jengok blog sendiri pon kejap2 ja..
Jengok blog orang lagii la kejapp2
Huhuhu
Banyak keja nak kena wat
Hari tu ntah apa yang aku fikir
sampai aku p buka payslip bos..
errkkk..memang cuak la masa tu
Nasib baik bos aku tak marah..huhuhu
bosss...maaf yerrr...=)
pas tu aku boleh plak dengan slumbernya 
p tapau maggi goreng..
Padahal Mr.M dah beli nasi lemak kat aku
haiyaaa..
Apa kena la dengan aku sampai jadi blurr macam tu
emmm
Kepala pon dah pening..
Aku nak balik umah dulu..

Bye..






Thursday, October 20, 2011

MeRaYaP KaT GeNTiNG HiGHLaND


TaRiKH : 16//10/2011 (AHaD)
MaSa : 4.30 PeTaNG
TeMPat : GeNTiNG HigHLaND
-
-
Kami lepak kat luar ja..
Nak masuk dalam bajet takdak..hahaha



SeJukk!!

AiMaN FaRHaN

CiaN aNaK BuaH aKu KeSeJuKaN..



DaH LaMa TaK MaiN BeNDa Niii...=(



Sayang2ku.. jangan majok ek..
nanti kita datang masuk main kat dalam tu ok.. =)

BaKal PeNgaNtiN..hihihihi



LeLaKi iDaMaN yg SuKa MeLaYaN KeReNaH aNaK buaH aKu.. =)

Apa kes tarok bunga kat telinga tu syg?



best leh makan angin kat genting..
tapi lagi best kalau masuk main kat dalam tu..
dah lama tak jerit2..huhuhu

**tengah rancang nak p bcuti kat Cameron Highland..
banyak kenangan manis kat situ..huhu**

**kesian blog comot aku ni..dah seminggu aku buat taktau kat dia..
aku bz sangat2 sekarang ni..letihh toll..

Ok la..
Bye..

Wednesday, October 12, 2011

HALAL FIESTA MALAYSIA 2011






JOM KITA SERBU
HALAL FIESTA MALAYSIA 2011!!!
MACAM-MACAM ADAAA

Untuk maklumat lanjut sila klik SINI


Jumpa anda di sana!
^_^


Tuesday, October 11, 2011

MaJLiS PeLaNCaRaN UK DiNaMiK 2011


Alhamdulillah..
Selesai Majlis Pelancaran UK Dinamik dgn jayanya..
Majlis disempurnakan oleh
YB Dato' Seri Haji Shafie bin Haji Apdal
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
pada 29 September 2011 lalu
mai tengak gambar sekitar majlis tersebut..
^_^

Orang kuat BPIP
Banner UK Dinamik
Penyambut tetamu..
Asal penyambut tetamu ja muka kami
Asal muka kami ja penyambut tetamu
Aku & Sis CT
Koir MARA
Usahawan yg hadir
Ni ayah angkat aku (berangan)
Dato' Seri Idris bin Jusoh
Ni pon ayah angkat aku (berangan lagi)
YB Dato' Seri Haji Shafie bin Haji Apdal


Yeahhhh!!!!!!!
Staff bahagian aku

^_^


**Esok kena jadi penyambut tetamu utk Halal Fiesta kat PWTC plak
**Asyik kena sakat dgn bos ja ari ni..emmmmmm



Bye


Friday, October 7, 2011

PiC MaJLiS RaYa


Raya lagiii...

^_^

Aku suka ayam masak merah tuu..

Satay ni sedap la jugak..

Laksa Johor.. Aku ingatkan mee kari..


Aku, Sis Hunny, Sis Siti & Farid

Makan Makan Makan..


Lalala

=)

=)

Baju raya takdak tahun nii..huhuhu

Dear Mastura...jangan jeless..hihihihihihi
^_^

**Dok dengar PM Datuk Seri Najib Tun Razak bentang Bajet 2012


Bye.....

MaJLiS RaYa..


Alhamdulillah..
Selesai majlis raya kat office aku hari ni..
Walaupun Syawal dah lepas kami tetap sambut..
Tak sempat nak buat majlis ni masa bulan Syawal lepas..
Agak meriah majlis raya kali ni..
Tapi aku rasa majlis raya tahun lepas lagi meriah..
Menu kali ni
Laksa Johor, Nasi tomato, Satay, Roti jala, Tapai, Jeli Kelapa,
Carrot Cake, Cendol, Kuih DLL
Kenyang betoi hari ni 
Alhamdulillah.. =)
Tapiiii...
Yang tak bestnye bff aku Mastura takdak.. K.Azza pon takdak..
Hukhukhuk
Sedihhhhhh
Nanti aku upload gambar k..
Bye..
^_^ 

Thursday, October 6, 2011

My FaMiLY




-
-
-
-








Doa Mendapat Kebahagiaan Dunia dan Akhirat

Maksudnya : "Ya Allah, anugerahilah kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
dan lindungilah kami daripada seksaan api neraka."
(surah al-Baqarah : 201)

-
-
-

Hadis Rasullullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu:


Maksudnya:    “Dibuka pintu-pintu syurga itu pada hari Isnin dan Khamis,setiap orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun akan diampuni, kecuali seseorang yang sedang dalam permusuhan dengan saudaranya. Dikatakan: Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mahu berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mahu berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mahu berdamai.” (Hadits riwayat Muslim)



Terima kasih Ya Allah kerana telah menganugerahkan  
keluarga terindah ini kepadaku..
^_^

Monday, October 3, 2011

MeNGiNGaTi MaTi


Sifat mahmudah menurut Imam al-Ghazali ialah
sentiasa mengingati kematian.
Terdapat  hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW yang bermaksud

"Sepintar-pintar manusia ialah
orang yang sentiasa ingat pada
mati dan sentiasa bersedia
menghadapinya, mereka itulah
orang yang bijaksana."

Firman Allah SWT :


Maksudnya : Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin lari daripadanya itu pasti mendatangi kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata. Kelak Dia akan memberitahu kamu segala yang telah kamu lakukan.
(Surah al-Jumu'ah : 8)

Dengan mengingati mati sebagai penyudah kehidupan di dunia ini, insan Mukmin (Mukminah) akan terhindar daripada melakukan segala kemungkaran dan mentaati perintah Allah pada setiap masa.


-Credit to : Indahnya Hidup Bersyariat-


AbaH PeRGii.. :(


Salam...
Berat rasa jari jemari nak menaip entry kali ni..
Untuk pengetahuan semua..
Abah En.Tunang/Mr.M telah kembali kerahmatullah pada 
30/09/2011 (Jumaat) jam 8.25 pagi  akibat accident
Abah accident pd 18/9/2011 (Ahad) masa nak g solat Maghrib..
Orang langgar abah masa abah nak belok masuk masjid..
Abah pon naik motor jugak..
Lepas accident tu abah dah tak sedarkan diri sampai abah 
menghembuskan nafas terakhir Jumaat lepas..
:'(
Aku & Mr.M balik kg ari Khamis malam..
Kami sampai dalam pukul 3.30 pagi
Lepas Mr.M hantar aku kat rumah dia terus g hospital..
Alhamdulillah..Mr.M sempat jumpa abah sebelum abah pergii..
Terkedu masa Mr.M call bagitau abah dah tak dak..
Aku baru rancang dgn mak nak g tengok abah petang Jumaat tu..
:'(
Sedihnyaaa...
Tengahari aku g umah Mr.M dgn ayah..mak & adik..
Jenazah sampai sebelum solat Jumaat..
Rasa hiba sangat masa tengok wajah abah.. :'( :'(
Ya Allah....tak sangka abah dah pergii.. :'(
Walaupun baru 2 kali aku jumpa abah..
Tapi rasa macam dah lama aku kenal abah..
Sampai ke saat ni air mata aku mengalir bila kenangkan abah..
Bila tengok gambar abah... rasa hiba sangat :'(
Masih terbayang2 senyuman terakhir abah kat aku masa pertunangan aku hari tu..
Kali ketiga aku jumpa abah..abah tak sedarkan diri..
Kali terakhir aku jumpa abah....... abah kaku tak bernyawa... :'(
Terasa sangat2 kehilangan abah.. rasa macam kehilangan ayah sendiri..
Abah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Alor Ibus Kuala Kedah sebelum solat Asar..
Sayunya hati bila siram air mawar di pusara abah..
Abah...
Damailah abah di sana...

Semoga roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
Aminnnnn..YaRabbalalaminn..

Al-Fatihah..



Pic abah ujung sekali belah kanan..

To Mr.M sekeluarga.. semoga tabah menempuhi ujian ni.. sama2 kita doa semoga abah tenang kat sana..

Bye..
:-(