Friday, December 30, 2011

LuNCH


Bubur Ayam McD & Ayam Goreng Sogo


Errkkk
Alhamdulillah..
Kenyang sudah...
^_^


CiNTa 3 SuKu




Ujung minggu nak layan novel ni
Dah lama kot tak baca novel..
Huuhuu
^_^

Thursday, December 29, 2011

BLoGGeR CuN MeLeCuN PiLiHaN Aku



Liliana Mardiana

Fatin Liyana

Lyana Hisham

Fatin Suhana

Nurulbadiah Lai

Nurul Ain

Irine Nadia

Depa semua ni memang cunnnnnn sangat!
Semua dapat tempat pertama blogger cun melecun pilihan aku
^_^

Wednesday, December 28, 2011

FaMiLY DaY 2011 - KaLuMPaNG ReSoRT


Family Day BPIP, MARA 2011
19 November 2011
Kalumpang Resort & Training Centre, HuLu Selangor




Irdina Maisarah.. anak buah aku..
first time bawak dia join family day office..

^_^

Mummia!!!

Baling Belon Berisi Air Kpd Pasangan..
Game ni bestttttt!!!
Ada yang basah.. :p

Makan pon sedapp
Time ni dah nak balik..

Family BPIP

Best dapat kawan2 office yang sporting gila..otak pon gila2..
^_^
Family Day tahun depan mybe lagi meriah coz lebih ramai..
Tahun depan jugak aku akan ke family day bersama Hubby tersayang
InsyaAllah... =)
Tinggal lagi berapa bulan ja hidup sebagai orang bujang
Lepasa tu dah jadi wife orang..huhu
^_^

Ok la
Bye!
^_^

HiDuNg TerSuMbaT


Dah berhari-hari aku mengalami masalah hidung tersumbat
Nak nafas pon susah
Kejap tersumbat belah kanan.. kejap tersumbat belah kiri
Paling aku tension tersumbat dua-dua belah
Kena bernafas melalui mulut.. memang sengsaraaa
Dah kering tekak aku nii =(
Vicks dah dekat sebotol aku sapu kat idong nii
Makan ubat pon tak jalann
8 jam dok dalam aircond..makin tersumbat la idong ni =(
HukkkHukkk :'(
Help meeee

=(
=(


Tuesday, December 27, 2011


Tengah layan final destination 5
eeeewwwww
Menakutkannn
+_________+



*demam..huhu

Thursday, December 22, 2011

MaKaN...


Menu tengahari tadi
^_^

JaGuNG CuP..
RM 2.80
Aku suka tarok susu pekat..memang terbaikk!!

ICe BLeNDeD CaPPuCCiNo + OReO
RM 4
Sedapppp!!!


HoNeY 3!!
Ramah betol pekerja Honey3 tu

Honey3 ni dekat Tingkat 2, Medan MARA KL

Mee Goreng Basah
RM 5
Tempat : Medan MARA KL
Sedapp..tapi pedas..

Kenyang sangat hari ni..
Alhamdulillah
^_^


DuiT BaRu 2012



Cantik kan duit baru ni?
Tak sabo nak tengok duit 20 ringgit tu ^_^

METRO
KUALA LUMPUR: Mata wang RM20 kembali diperkenalkan dalam Siri Mata Wang Baru oleh Bank Negara Malaysia (BNM) selepas lebih 16 tahun dihentikan pengeluarannya pada 1995.
Wang berwarna oren itu memaparkan ilustrasi dua spesies penyu yang hanya boleh ditemui di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Belimbing (Dermochelys coriacea) yang juga lambang hidupan laut tropika negara yang pelbagai serta berwarna-warni.

Siri Mata Wang Baru yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, meliputi siri wang kertas dengan reka bentuk baru membabitkan nota RM10, RM20 dan RM100 serta wang polimer RM1 dan RM5. Nota RM50 menggunakan reka bentuk sedia ada.

Semua mata wang kertas dan polimer ‘berwajah’ baru itu akan mula diedarkan pada separuh kedua tahun depan manakala syiling baru meliputi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan Julai lalu akan mula diedarkan kepada orang ramai Januari depan.

Ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi yang menjadi nadi negara merupakan inspirasi serta ilham utama dalam reka bentuk wang kertas siri terbaru berkenaan.

Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, siri keempat wang kertas itu memaparkan ekspresi tradisional seni dan kraftangan, keajaiban alam, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi, manakala bahagian depan semua denominasi wang kertas pula mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, bunga raya dan corak songket kain tenunan tradisional.


Sempena pelancarannya, BNM mengeluarkan wang kertas peringatan bagi siri mata wang itu membabitkan pengeluaran 500,000 set koleksi dua wang kertas (RM1 dan RM5) yang dijual pada harga RM15, 500,000 koleksi wang kertas RM20 pada harga RM30 dan 50,000 set enam wang kertas (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) yang dijual pada harga RM300.

Semua wang kertas peringatan berkenaan menggunakan nombor siri sama dan sah digunakan untuk sebarang transaksi. Bagi individu yang berminat, mereka boleh mendapatkan koleksi terhad itu di ibu pejabat BNM dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu mulai hari ini.


Credit to Mymetro

Wednesday, December 21, 2011

MaSTeRCHeF MaLaYSia EPiSoD 52


Cabaran Sajian Luar

Kumpulan Biru
Amita, Imilda, Felix, Danial & Wahidan

Kumpulan Merah
Brian, Ezani, Shahriah, Ary & Zamir

Sajian berkonsepkan masakan Asian
Cabaran kali ni dinilai oleh Peserta Maharaja Lawak Mega

Sajian Kumpulan Biru
Nasi Kunyit
Kari Udang Aroma
Daging Salai Bersos Sambal Kicap
Salad Soo Hoon Thai
Kai Lan Goreng Cina
Mochi Sakura



Sajian Kumpulan Merah
Nasi Serai 
Ayam Masak Merah
Salad Jambu Air dengan Karamle Asam Jawa
Sayur Campuran Cina
Otak-otak Udang
Koktail Buah-buahan



Pemenang untuk episod 52 :
KUMPULAN BIRU
Tahniah!
-
-

Siapakah peserta kumpulan Merah yang akan tersingkir pada episod 53?
Jangan lupa saksikan episod penyingkiran malam ni..


**pic & info - credit to MasterChef Malaysia

Bye
^_^

KoLeKSi KaSuT

Dalam gambo ni ada 38 pasang kasut+slipper yg aku ada..
tu tak termasuk yang ada dekat office & dalam keta
Rasanya dekat 50 pasang jugak ^_^
Agak-agak aku boleh jual kat pasar malam tak?
Pagi tadi dah buang 4 pasang..huhu
RaK KaSuT dah FuLL!!!!
Comel tak??? ni kasut hiasan my sis ^_^

Walaupun kasut blambak-lambak
2,3 pasang ja yang aku suka pakai..
Yang lain simpan buat pekasam.. *_*
**Ish ishhh..membazir betoiii...

Kalau beli kasut aku memang tak pentingkan jenama..
Asalkan kasut tu selesa..
Kat pasar malam pon aku beli jugak..
Kadang2 beli kat pasar malam lagi selesa bila pakai ^_^
To En. Tunang..
Jangan risau ok..
Saya pakai kasut murah2 jer 
Tak payah awak nak beli kasut mahal2 kat saya..hihi
^_^


Tataa
^_^


Tuesday, December 20, 2011

OMBaK RiNDu? BeST Ke?



Sekarang ni orang asyik cita pasai Ombak Rindu
Best sangat ke?
Jeles jugak dok dengar orang ja bcerita..
Teringin jugak aku nak tengok
Tapi takdak masa lagi nak p jejak panggung
Asyik busy ja sekarang ni
Nak kata busy buat persiapan kawin.. tak pon..
Taktau la busy apa..huhuhu
Kalau tak jadi balik kampung minggu ni bleh p tengok Ombak Rindu
Dengar cita bestttt sangattt sampai mleleh air mata & air idong
Tak Sabo nak tengok Aaron Aziz!! =)
^_^


*Sakit tekak dah 2 minggu =(

Byee

Wednesday, December 14, 2011

Ya Allah..


Ya Allah..
Kami tahu Engkau menguji kami kerana
Engkau sayangkan kami..
Kami redha dengan dugaan yang Engkau berikan Ya Allah..
Tabahkanlah hati kami Ya Allah..
Kuatkanlah iman kami..
Permudahkanlah segala urusan kami..
Jauhkanlah kami dari orang yang zalim Ya Allah..
Aminn..Ya Rabbal 'alamin..



Tuesday, December 13, 2011

LaWaK 2



LaWaK 1




Friday, December 9, 2011

MaMaM!






Makan malam di tengah malam!
Thanks to My Bro 'Alang'
Dia yang bawak semua nii..
^_^

Tak sabo nak p tmpat sejuk besok!
^_^
Lalalala


Selamat Malam Semua!!
^_^


Thursday, December 8, 2011

Wednesday, December 7, 2011

TiRaMiSu CHeF RiZ -MasTeRCheF MaLaYSia-

    Teringin nak buat lepas tengok peserta Masterchef Malaysia buat tiramisu..
    Nak resepi tiramisu Chef Riz?
    ^_^
       

    ReSePi CuCuR IKaN BiLiS





    Tak comei cucur aku buat nii.. tp tetap sedap..hehe=)



    Bahan-bahan :

    1. Tepung Gandum
    2. Ikan Bilis (nak tumbuk pon boleh)
    3. Bawang Besar (dimayang)
    4. Sebiji Telur
    5. Kucai 
    6. Cili (dimayang.. nak tumbuk pon boleh)
    6. Air
    7. Serbuk Kunyit
    8. Minyak Masak
    9. Garam

    Cara-cara :

    1. Masukan semua bahan ke dalam bekas.. (minyak masak masuk satu sudu je)
    2. Gaul sehingga adunan sebati (jangan terlalu cair..agak2 boleh dijemput dgn jari)
    3. Goreng sehingga kekuningan
    4. Siap untuk dihidangkan.. Selamat mencuba! ^_^


    ** Makan panas-panas baru sedap.. cicah dgn sos cili lagi sedap ^_^


    *Cucur aku warna gelap cikit sbb
     tak nmpak cucur tu dah nak hanguss..
     maklum la mata rabun..huhuhu
    *kucai lupa nak beli..=)

    Monday, December 5, 2011

    SeDaP SuaRa ADiK Ni!! ^_^




    Cering bulu roma dengar adik ni nyanyi
    merduuu!!
    ^_^

    DeMaM CoNGKaK


    Sekarang ni gila main congkak
    Asal pergi umah Along aku ja confirm main congkak
    Congkak tu dia baru ja beli..
    Tu yang ketagih nak main..huhu

    CoNGKaK
    Lawan dgn budak2 pon jadi laa..
    TeKuN ja En.Kesayangan ni main..
    Si Kecik baju kurung biru tu pon pandai main..
    AiMaN CoMoT =)
    HaiKaL..Pandai main jugakk..
    Faiz..dia pon pandai main jugakk..

    Minggu ni nak g bcuti.. 3 hari 2 malam..
    Dah siap pesan kat K.Long bawak congkak skali ^_^
     


    **ternanti-nanti panggilan penting..huhu

    Bye
    ^_^


    MaSTeR CHeF MaLaySia - EPiSoD 38


    Peserta Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran episod 38

    Azlina
    Kamaruzzaman
    Saiful


    Tema Masakan Episod 38 :
    Masakan Maxico
    Quesadilla Azlina
    Quesadilla Kamaruzzaman
    Quesadilla Saiful

    Peserta yang tersingkir dalam cabaran ini :

    Kamaruzzaman


    Tahniah kepada peserta yang terselamat!
    Kepada peserta yang tersingkir
    Teruskan perjuangan dalam bidang masakan!
    ^_^

    PiC : Credit To MasTeRCheF MaLaySia

    **Lega Saiful tak tersingkir

    Bye..