Wednesday, May 28, 2014

Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih


Assalamualaikum

Abang2... Kakak2.... Adik2....
Jom join GA ni!!
^___^

Klik banner


Syarat-syarat penyertaan:
  1. Mestilah mempunyai blog/website dan akaun Google+.
Tugasanya tersangatlah mudah, nak join sila ikuti langkah-langkah dibawah ini:
  1. Buat satu entry bebas yang bertajuk "Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih".
  2. Follow blog ini dan Follow Google+ saya. 
  3. Letakkan banner giveaway diatas. Dan, link kan ke entry ini. 
  4. Jangan lupa tinggalkan link entry anda di ruangan komen dibawah.
Pemilihan pemenang:

Pemilihan pemenang akan ditentukan 100% oleh uncle Random.org. So, kebarangkalian untuk anda semua menang adalah adil dan saksama.

Hadiah-Hadiah Giveaway:

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi adalah seperti berikut;
  • Tempat Pertama: 1 X RM100
  • Tempat Kedua: 1 X RM60
  • Tempat Ketiga: 1 X RM40
  • Hadiah Saguhati: 5 X RM20


Tarikh tutup : 4 Jun 2014



Mai ramai2 meriahkan GA ni ^__^



Friday, May 23, 2014

Mini GA Cash RM50 by Emas Putih #part3



Dah lama tak join GA
Jom cuba nasib!! mana tau ada rezeki ^_^

Nak join klik banner yer ^_^



Hari ni last!!
cepat2 join!!
^______^



Thursday, May 8, 2014

PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN




Di samping memberi perhatian khusus terhadap teknik dan amalan asas penyusuan yang betul, anda mampu menambah penghasilan susu dengan mengambil makanan tertentu yang semula jadi, murah dan mudah didapati. Berikut adalah bahan-bahan alami yang anda perlukan

Kacang soya
Berbanding susu segar ataupun minuman jenis lain, kacang soya aadlah minuman terbaik yang banyak membantu andamenambah susu ibu. Paling bagus sekiranya susu soya tersebut dihasilkan sendiri kerana susu soya sudah semestinya bebas daripada kandungan bahan pengawet. Jika tidak berkesempatan membuat soya sendiri, minumlah susu soya organik.

Barli
Selain enak dijadikan minuman untuk menyejukkan badan ketika di musim panas, bijirin ini turut memainkan peranan penting dalam merangsang penghasilan susu. Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam mahupun sejuk.

Oat
Bijirin ini terkenal sebagai bahan yang boleh menurunkan paras kolestrol dalam darah. Selain daripada itu, oat juga boleh menambah susu ibu. Paling mudah, anda boleh menikmati hidangan oat setiap pagi dengan menggunakan oat segera. Untuk menambah kelazatannya, anda boleh mencampurkan oat bersama susu, madu atau buah-buahan segar.

Lobak
Apa sahaja jenis lobak diyakini boleh menambah penghasilan susu ibu. Tidak kira sama ada lobak putih mahupun merah. Walaubagaimana pun, lobak putih dipercayai lebih bagus dalam merangsang penghasilan susu anda. Lobak putih boleh digunakan dalam hidangan sup manakala lobak merah pula boleh dijadikan hidangan salad yang berkhasiat.

Betik muda
Kebanyakkan orang tua mengesyorkan ibu yang mahu menyusukan anaknya supaya makan lebih banyak betik muda. Amalan ini baik kerana betik muda sememangnya berhasil dalam menambahkan penghasilan susu ibu. Biasanya, betik muda dijadikan sup dan dimakan bersama nasi.

Halba
Rempah ini biasanya digunakan dalam masakan kari. Bagi memperoleh khasiatnya, anda perlu mencuci halba terlebih dahulu, keringkan dan simpan di dalam bekas yang bertutup. Anda perlu makan sesudu kecil halba setiap hari. Ada yang gemar merendam halba di dalam air panas selama 15 minit sebelum meminumnya. Malah ada juga yang menelan terus halba tersebut.

Buah kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu.

Jantung pisang
Amalkan makan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Bukan sahaja sedap malah jantung pisang membantu menambah susu ibu.

Jintan
Orang melayu dahulu kala memanfaatkan pelbagai jenis tumbuhan sebagai ubat-ubatan. Ini termasuklah jintan manis dan jintan putih. Kedua-dua jenis rempah ini didapati dapat menambah pengeluaran susu bagi sesetengah ibu. Untuk memperoleh kebaikkannya, anda perlu menggunakan rempah-rempah ini dalam kebanyakan menu makanan seharian.




CREDIT TO MINGGUAN WANITA



CaMeRoN HiGHLaNDS ^_^

Cameron Hinghland lagii.. 
^__^
Bulan 12 ari tu dah p..tapi xrajin update kt blog T_T
P la bapa kali pon aku tak pernah jemu
Masalah aku sekarang ni tak rajin tangkap gambo dah
Ni ja gambo yg ada T__T


Mak..Abi & Mikhail sayang!!









Ntah apa masalah en.suamiku ituu..nak nyorok2 muka




Banyak dessert dekat Big Red Strawberry Farm
Aku beli ni jer..dah terlebih kenyang makan nasi..
RM6.90



Bagi makan ice cream gini la rupenyee.. berkerut muka..hihihi

Sebelum balik lepak minum tea..ni wajib!!
Ni dekat Cameron Vally Tea House
Ladang tea pon aku x ambik gambo..sadis betull
Nampak sangat mmg malas bergambo2 bagai ni

Abi..nanti kita p lagi ekkk
Nak tangkap gamba banyak2
T___T


ok la
byee
^__^




Wednesday, May 7, 2014

PEKASAM DAGING ^_^


Assalamualaikum..
Hati gembiraa dapat makan pekasam daging!!
Perak aku ni tak penah makan pekasam daging..
Pekasam ikan memang aku tak makan =_=
Sedapp!!!
Nak nangis ja bila makan hihihi

Kalau berminat boleh order dekat

@

Whatsapp
012-5939971 Eera




Ni yang aku goreng >_< 

credit to Eera Damia

credit to Eera Damia

credit to Eera Damia


^__^



Tuesday, May 6, 2014

MiKHaiL SaYaNG =)


Abi solat Mikhail pon kalut g duduk dekat sejadah Abi
Ummi letak sejadah sebelah Abi.. terus ikut Abi sujud
Sebut Alif Ba Ta.. terus jalan g tunjuk yg Abi lekat kat dinding 
Good boy!
Anak Ummi semakin bijak!
Alhamdulillah
^_^




Ya Allah.. jadikanlah anakku anak yang soleh..
Taat pada perintahmu..
Murahkanlah rezekinya..
Panjangkanlah umurnya..
Berikanlah kesihatan yang baik untuknya..
Jadikan lah anakku anak yang bijaksana..berjaya di dunia & di akhirat
Lindungilah anakku daripada perkara yang memudaratkan
Aminnn..Ya Rabbal alamin..



Credit to google




LOVE U ANAK!!