Thursday, May 8, 2014

PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN




Di samping memberi perhatian khusus terhadap teknik dan amalan asas penyusuan yang betul, anda mampu menambah penghasilan susu dengan mengambil makanan tertentu yang semula jadi, murah dan mudah didapati. Berikut adalah bahan-bahan alami yang anda perlukan

Kacang soya
Berbanding susu segar ataupun minuman jenis lain, kacang soya aadlah minuman terbaik yang banyak membantu andamenambah susu ibu. Paling bagus sekiranya susu soya tersebut dihasilkan sendiri kerana susu soya sudah semestinya bebas daripada kandungan bahan pengawet. Jika tidak berkesempatan membuat soya sendiri, minumlah susu soya organik.

Barli
Selain enak dijadikan minuman untuk menyejukkan badan ketika di musim panas, bijirin ini turut memainkan peranan penting dalam merangsang penghasilan susu. Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam mahupun sejuk.

Oat
Bijirin ini terkenal sebagai bahan yang boleh menurunkan paras kolestrol dalam darah. Selain daripada itu, oat juga boleh menambah susu ibu. Paling mudah, anda boleh menikmati hidangan oat setiap pagi dengan menggunakan oat segera. Untuk menambah kelazatannya, anda boleh mencampurkan oat bersama susu, madu atau buah-buahan segar.

Lobak
Apa sahaja jenis lobak diyakini boleh menambah penghasilan susu ibu. Tidak kira sama ada lobak putih mahupun merah. Walaubagaimana pun, lobak putih dipercayai lebih bagus dalam merangsang penghasilan susu anda. Lobak putih boleh digunakan dalam hidangan sup manakala lobak merah pula boleh dijadikan hidangan salad yang berkhasiat.

Betik muda
Kebanyakkan orang tua mengesyorkan ibu yang mahu menyusukan anaknya supaya makan lebih banyak betik muda. Amalan ini baik kerana betik muda sememangnya berhasil dalam menambahkan penghasilan susu ibu. Biasanya, betik muda dijadikan sup dan dimakan bersama nasi.

Halba
Rempah ini biasanya digunakan dalam masakan kari. Bagi memperoleh khasiatnya, anda perlu mencuci halba terlebih dahulu, keringkan dan simpan di dalam bekas yang bertutup. Anda perlu makan sesudu kecil halba setiap hari. Ada yang gemar merendam halba di dalam air panas selama 15 minit sebelum meminumnya. Malah ada juga yang menelan terus halba tersebut.

Buah kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu.

Jantung pisang
Amalkan makan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Bukan sahaja sedap malah jantung pisang membantu menambah susu ibu.

Jintan
Orang melayu dahulu kala memanfaatkan pelbagai jenis tumbuhan sebagai ubat-ubatan. Ini termasuklah jintan manis dan jintan putih. Kedua-dua jenis rempah ini didapati dapat menambah pengeluaran susu bagi sesetengah ibu. Untuk memperoleh kebaikkannya, anda perlu menggunakan rempah-rempah ini dalam kebanyakan menu makanan seharian.




CREDIT TO MINGGUAN WANITA



No comments:

Post a Comment