Friday, June 27, 2014

TaKoYaKi!!



Dah lama tak makan takoyakiiii
Tiba2 teringin plak..
Nasib baik ada jual dekat area umah aku

Ambil pic dari kereta ja..tak nampak la full gerai tu huhuuu




Aku ambik octopus
Octopus sangatttt...sotong sudahh... hahaha
Ada 6 ketul dalam tu
Rasa sodappp.. Mikhail pon sukaa
Tapi tak leh makan banyak2..aku cepat muakk
RM5.50

Ayam, udang & telur RM4.50

Nanti nak try ayam plak
^__^


Lokasi : Bukit Sentosa, Rawang (Berdekatan dengan Petron Bukit Sentosa)


**apasal nampak serabut pic takoyaki tu +__+



**semangat p Sogo sempena members card..tapiii macam biasa laa..ramai ya ampunnn.. siap bersila kat lantaii.. tak kuasa la aku nak beraturrr..pas tu turun LG beli pampers Mikhail ja..balik keja kang kena p lagi dengan harapan orang dah tak ramaii..
Tapii kan kenapaaa orang lelaki sibuk shopping jugak?? Sibuk teman bini shopping.. 
Time solat Jumaat kot tuu.. sungguh aku yang rasa maluu T_T


Ok lah
Babaii



Wednesday, June 25, 2014

Segmen Blogwalking : Edisi Summer Break !!



Jomm join segmen pulak
^__^
Segmen dianjurkan oleh blog





Klik banner kat bawah ni yer!!


Jumlah follower : 557


^___^



300++ ReSePi & PaNDuaN LeNGKaP PeMaKaNaN AnaK


Assalamualaikum
Pama Karangkraf ada keluarkan majalah menarik untuk mummy2 sekalian!
300++ Resepi & Panduan Lengkp Pemakanan Anak!
Rasanya bulan lepas majalah ni dikeluarkan
Ada resepi anak dari 6 bulan - 18 bulan
Menarik!!
Cepat beli!!
RM14.50
^___^



Resepi ni aku paling suka..paling senang..hehehe


Lepas ni boleh la pelbagaikan makanan untuk Mikhail
Mesti Mikhail dah bosan makan bubur jaa T__T


Semangat nak buat telur hancur ni!! hehehee




Tuesday, June 24, 2014

TIP SIMPAN SUSU IBU


Info menarik untuk ibu2 dari PAMA!! =)

susu


Susu yang telah diperah perlu disimpan dengan baik di tempat yang selamat. Ibu-ibu yang menyusukan bayi perlu mengetahui cara terbaik menyimpan susu untuk si manja.
  1. Susu ibu segar seharusnya disimpan pada suhu bilik. Bagi suhu bilik di antara 27°C ke 32°C, jangka waktu 3 – 4 jam adalah had munasabah untuk menyimpan susu ibu perahan.

  1. Susu ibu selamat pada suhu 15°C untuk tempoh 24 jam berdasarkan kepada perkembangan minimum bakteria yang terkandung di dalam sampel kajiannya. Walau bagaimanapun, terdapat pek ais yang digunakan mampu menyimpan susu ibu pada suhu seperti di dalam peti ais iaitu 4°C. Oleh itu pastikan pek ais yang digunakan berkualiti.

  1. Kajian pemerahan susu ibu dengan sedikit pencemaran ketika pengepaman menunjukkan perkembangan bakteria adalah pada paras rendah dalam tempoh 72 jam. Malah, ia masih selamat selepas 4 – 8 hari didinginkan.

  1. Membeku susu ibu perahan (-4°C hingga -20°C) adalah selamat untuk sekurang-kurangnya tiga bulan. Vitamin A, E dan B, jumlah protein, lemak, enzim, laktosa, zink, immunoglobin, lysozyme dan laktoferin biasanya kekal apabila dibekukan. Susu ibu beku perlu disimpan di bahagian belakang peti sejuk beku untuk mengelakkan pemanasan semula akibat kekerapan membuka dan menutup peti sejuk. Jadi, semua bekas penyimpan susu ibu perlu ditutup rapat untuk mengelakkan pencemaran.

  1. Selepas bekas penyimpanan diisi dengan susu ibu, sedikit ruang perlu ada di bahagian atas bekas penyimpan untuk membenarkan ia mengembang ketika dibekukan. Semua bekas penyimpan susu ibu perlu dilabel dengan tarikh susu dipam. Nama anak perlu dilabel terutama jika anda membekalkan kepada pengasuh yang perlu memberi susu ibu perahan kepada ramai bayi lain. Biasanya bayi memerlukan 60 – 120ml setiap sesi penyusuan ketika berada di rumah pengasuh. Jadi, simpan susu ibu dalam stok 60 – 120ml setiap satu adalah cara mudah untuk mengelakkan pembaziran.

  1. Elakkan menambah susu ibu yang masih suam ke dalam susu yang telah dibeku. Ini bagi mengelakkan pemanasan semula susu yang telah dibekukan. Adalah lebih baik jika anda menyejukkan terlebih dahulu susu ibu yang baharu dipam sebelum dicampur bersama stok sedia ada.

Susu ibu yang disimpan mungkin berubah baud an rasa asalnya kerana aktiviti lipase (proses pemisahan lemak yang membantu proses penghadaman bayi terutamanya bayi pramatang). Ia tidak mendatangkan mudarat walaupun ada sesetengah bayi mungkin menolak susu berkenaan. 


CREDIT TO PAMA


Friday, June 20, 2014

KL SoGo - MeMBeRS DaY 27 & 28 JuNe 2014!!


Yeee!!! members day kembali!!
Tak sabaqnya nak p
Selalu tak excited pon coz orang ramaiii bebenoo
Kali ni excited sikit..nak beli barang si anak ja..
Peduli apa ramai ke takk..nak p jugak!! hahaha









pic credit to fb KL Sogo

Awal tahun ari tu dapat redeem RM60
Aku bukan kaki shopping sangat..tak banyak la point..huhuu



Members day lepas aku sempat beli stroller Mikhail ja
P pon malam..ada hal plak..tak sempat beli barang lain..

Hari Jumaat depan nak balas dendam!!
Nasib baik la selang 1 bangunan ja nak p Sogo
Stanby nak bersesak dengan lautan manusiaa T_T


Jom kesayangan2 sekalian!!!


(tapi aku ni tak suka orang ramai sangattt..selalunya aku p sogo tu tgk org ramai aku balik opis..malas nak bersesakkkk +_+ )


Be CaReFuL!!


credit to fb RahsiaHawa


Hati2 ye mummy2 daddy2 dan sesiapa saja!!
Kesian anak2 kita
Kadang2 aku pun pegang tgn Mikhail mcm tu :-(


Maafkan ummi sayang... :-( 
credit to google




Wednesday, June 18, 2014

AVeNT.... ToMMee TiPPee @__@


Assalamualaikum..

Nak citer pasal si anak je ni
huhuuu

Niat kat hati nak try botol susu baru untuk Mikhail
Bila dah ada niat.. Ummi pon beli la botol baru ituu..
Botol Tommee Tippee!! cute botol tuu..
Ummi excited beli online.. kat SINI
Ummi share dengan mmbe opis =)


3 botol 9oz RM56.90
murah gila!! tengok kat sogo 70 lebih



Tapi anak ummi tak excited ponn
Buat muka pelikk sambil usha botol tu
Pas tu masuk kat mulut.. tak isap.. gigit2 ja puting tuuu
=___=







Last skali Mikhail baling botol tuu +___+
Adoii...memilih betol la bdk ucuk nii


Try bagi lagi pon takmau jugakk.. kesian botol kena baling lagi..
huhuuu
Nasib baik buka 1 je botol.. lagi 2 aku jual kat mmbe opis 1 RM19.00



Kembali ke Avent


minum susu dengan hati senang la tuuww =)


Murah jugak barang2 kat website aku beli tu
puting avent natural baru 22.90!!
kalau sogo 31.90!!
^_^



Ok la..
masa untuk balik rumah..suami tercinta dah nak sampai!
Babaiii
^___^


Friday, June 6, 2014

BuaH KoNeN!!


Assalamualaikumm



Nak nangis ja dapat makan konen!!
Orang kedah panggil konen..orang negeri lain panggil kuini kot
Dah lama tak makan buah ni
Kat kampung dulu dengaq buah konen jatuh atas bumbung rumah.. 
terus lari keluar p kutip
Rindunya saat tuuu :-(
Ni pon nasib abang aku bagi..
Serius sedapp.. masak elok ja..rasa manis masam2 sikit
Melelehh :-P

Rindunya kat kampunggg!!!
Tak sabaq nak balik raya nantii
Rindu ayah rindu mak rindu suasana kampungkuu =(


Hukhuk
Bye


Tuesday, June 3, 2014

GiVeAWaY TuNai RM500 By SyuHaDaBaHaRuDiN.CoM


Assalamualaikum..

Join GA lagiii...lagii...lagii...
Huhuuuu





Klik banner kat bawah ni yer






Jangan tunggu lagii
Cepat join!!
Heheee





GiVeaWaY CaSh RM350 by Emas PuTih


Assalamualaikum


Sejak tahun lepas aku jarang update blog 
Tak tau la pasaipa malas sangat =__=
Tapi itu dulu!! 
Mood rajin kini kembali!! 
Tora datang lagi!! Tetibaa @__@
Hehhehh
Sejak dua menjak ni ja aku dah mula belek blog ni
Mudah mudahan blog aku tak sunyi lagi..huhuu
Ok stop setakat tu dulu


Tujuan sebenar nak join GA
Jom la join skali..kot2 ada rezeki kita 
^______^


Klik banner kat bawah ni 


Hadiah :
Wang Tunai RM50 x 7 Pemenang


Tarikh tutup :
14 Jun 2014






Babaii




Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers