Monday, October 3, 2011

AbaH PeRGii.. :(


Salam...
Berat rasa jari jemari nak menaip entry kali ni..
Untuk pengetahuan semua..
Abah En.Tunang/Mr.M telah kembali kerahmatullah pada 
30/09/2011 (Jumaat) jam 8.25 pagi  akibat accident
Abah accident pd 18/9/2011 (Ahad) masa nak g solat Maghrib..
Orang langgar abah masa abah nak belok masuk masjid..
Abah pon naik motor jugak..
Lepas accident tu abah dah tak sedarkan diri sampai abah 
menghembuskan nafas terakhir Jumaat lepas..
:'(
Aku & Mr.M balik kg ari Khamis malam..
Kami sampai dalam pukul 3.30 pagi
Lepas Mr.M hantar aku kat rumah dia terus g hospital..
Alhamdulillah..Mr.M sempat jumpa abah sebelum abah pergii..
Terkedu masa Mr.M call bagitau abah dah tak dak..
Aku baru rancang dgn mak nak g tengok abah petang Jumaat tu..
:'(
Sedihnyaaa...
Tengahari aku g umah Mr.M dgn ayah..mak & adik..
Jenazah sampai sebelum solat Jumaat..
Rasa hiba sangat masa tengok wajah abah.. :'( :'(
Ya Allah....tak sangka abah dah pergii.. :'(
Walaupun baru 2 kali aku jumpa abah..
Tapi rasa macam dah lama aku kenal abah..
Sampai ke saat ni air mata aku mengalir bila kenangkan abah..
Bila tengok gambar abah... rasa hiba sangat :'(
Masih terbayang2 senyuman terakhir abah kat aku masa pertunangan aku hari tu..
Kali ketiga aku jumpa abah..abah tak sedarkan diri..
Kali terakhir aku jumpa abah....... abah kaku tak bernyawa... :'(
Terasa sangat2 kehilangan abah.. rasa macam kehilangan ayah sendiri..
Abah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Alor Ibus Kuala Kedah sebelum solat Asar..
Sayunya hati bila siram air mawar di pusara abah..
Abah...
Damailah abah di sana...

Semoga roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
Aminnnnn..YaRabbalalaminn..

Al-Fatihah..



Pic abah ujung sekali belah kanan..

To Mr.M sekeluarga.. semoga tabah menempuhi ujian ni.. sama2 kita doa semoga abah tenang kat sana..

Bye..
:-(

1 comment:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers