Monday, October 3, 2011

MeNGiNGaTi MaTi


Sifat mahmudah menurut Imam al-Ghazali ialah
sentiasa mengingati kematian.
Terdapat  hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW yang bermaksud

"Sepintar-pintar manusia ialah
orang yang sentiasa ingat pada
mati dan sentiasa bersedia
menghadapinya, mereka itulah
orang yang bijaksana."

Firman Allah SWT :


Maksudnya : Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin lari daripadanya itu pasti mendatangi kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata. Kelak Dia akan memberitahu kamu segala yang telah kamu lakukan.
(Surah al-Jumu'ah : 8)

Dengan mengingati mati sebagai penyudah kehidupan di dunia ini, insan Mukmin (Mukminah) akan terhindar daripada melakukan segala kemungkaran dan mentaati perintah Allah pada setiap masa.


-Credit to : Indahnya Hidup Bersyariat-


No comments:

Post a Comment