Thursday, August 4, 2011

CeKiK DaRaH!

Salam.
Semalam aku p Bazaar Ramadhan dekat Bandar Baru Ampang
Pas tu beli..
Nasi putih + sambal ayam
Harga dia sampai RM 7.00
adooii... sentap jantung aku
Mahal betolll
Mengalahkan nasi beriani
Bila tanya akak tu kenapa sampai RM 7?
Dia jawab sebab 'set'
Set apa macam ni?? (dalam hati)
Nasi putih+sambal ayam seketul kecil dipanggil  'SET'
Hai akakk...
Bukan pasai takdak duit nak bayar..
Tapi agak2 la nak untung ponn
Kalau RM5.00 boleh masuk akal lagi..
Sebelum ni aku dok makan nasi putih + sambal ayam + sayur + 
sambal belacan baru RM4.50
Tak kan sebab bulan puasa harga terus naik melampau-lampau
Nasi beriani kat Bazaar Pandan Indah baru RM5.00 
Paling mahal pon RM8
Tapi tak kisah la sebab nama pon nasi beriani..mmg la harga mcm 2
Kalau ye pon nak untung cepat
Jangan la sampai letak harga yg tak masuk akal
Ni kan bulan puasa
Lagi murah rezeki kalau berniaga secara jujur


------------------------------------------------------------------------------ 
    Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
    Maksudnya: "Peniaga yang benar lagi amanah bersama-sama para nabi, orang-orang yang benar (siddiqqin) serta para syuhada'."
    (Hadis riwayat Tirmidzi)
    Para peniaga yang dikehendaki oleh Allah ialah peniaga yang digambarkan daripada firmanNya:
    Tafsirnya: "(Ibadatitu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung."
    (Surah an-Nur: 37-38)
    Kesimpulannya,  peniaga yang bersama-sama para nabi, siddiqqin serta syuhada'  itu ialah peniaga yang tidak dilalaikan oleh  perniagaannya, sentiasa menunaikan kewajipan-kewajipan agamanya, mengeluarkan zakat perniagaan, tidak menahan atau mengumpul barang-barang perniagaan untuk dijual dengan harga yang lebih mahal, tidak menaikkan harga dengan sewenangnya, tidak menipu, tidak bersumpah bohong semata-mata untuk melariskan barang-barang jualan serta tidak menjual barang-barang yang tidak halal.
    -credit to wiezam.tripod.com-
    Maaf ye emosi plak aku ari ni..
    huhu
    Tata

4 comments:

  1. Ulang Dialog En Salleh Mokari :
    time beli tu, kita da akad da terhadap makanan tu..kene merelakan..

    pesanan cik kiah : esok ko p bli mee raja...uuuu...nk makan....

    ReplyDelete
  2. betol ckp En.Salleh tu.. kita kena merelakan walaupun hati tluka! hehehehe...

    jgn kau sebut mee raja.. bikin aku terliur ajaa

    ReplyDelete