Tuesday, July 24, 2012

ReSePi ReNDaNG AYaM





BAHAN-BAHAN :

1/2 ekor ayam
1/2 biji kelapa
3 sudu besar kerisik
2 helai daun limau purut (dikoyak)
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
Garam & gula secukup rasa
Air asam jawa (secukupnya)

BAHAN UNTUK DIKISAR :

5 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
3 batang serai (2 dikisar, 1 diketuk)
1/2 inci lengkuas
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
8 biji cili api
5 tangkai cili kering


CARA-CARA :

1. Bersihkan ayam & toskan
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar ke dalam kuali dan kacau sebati
3. Masukkan ayam & serai yg telah diketuk. Kacau sebati
4. Masukkan santan. Masak sehingga ayam lembut dan kuahnya pekat 
   (api sederhana) - boleh tambah sedikit air kalau taknak kuah pekat
5. Masukkan kerisik, air asam jawa, gula, garam, daun limau purut & 
   daun kunyit dan kacau sebati.
6. Siap untuk dihidangkan - taburkan daun kunyit di atas rendang untuk hiasan.




*first time buat rendang ayam..
 nasib baik jadi..dan paling penting hubby suka ^_^



6 comments:

  1. puasa 1st hari tuh ibu masak rndang..fuhh:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rendang best..rasa mcm nk mkn lagi ^_^

      Delete
  2. yeayyyyyyyyy..berjaya...:)

    ReplyDelete
  3. sedapnye...nak jgk la...

    ReplyDelete
  4. tahniah berjaya masak. hihi~
    selamat berpuasa ok ^__^

    ReplyDelete