Tuesday, August 7, 2012

ReSePi : DaGiNG BLaCK PePPeR




BAHAN-BAHAN :

1 mangkuk daging - dipotong kecil
2 biji bawang besar - 1 biji ditumbuk 1 biji dimayang
4 ulas bawang putih - 2 biji ditumbuk 2 biji dimayang
1 inci halia - ditumbuk
2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
1 biji cili hidup/merah - dihiris 
2 biji kentang - dihiris 
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar air asam jawa
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA-CARA :

Rebus dulu daging kalau nak cepat empuk. (
Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bahan2 yang telah ditumbuk & bahan2 yg dimayang hingga naik bau.
Masukkan daging & kentang. kacau sekejap.
Masukkan sos tiram, kicap & air asam jawa. Kacau rata.
Masukkan lada hitam, cili hidup/merah, sedikit air & garam secukup rasa. Kacau sebati. 
Masak sehingga daging & kentang empuk.
Siap untuk dihidangkan.





*kalau beli daging jer aku suruh hubby masak daging black pepper..sedap ^_^
kenapa aku tak masak? kalau aku masak sekali dengan pinggan2 hubby aku makan! haha :P



2 comments: