Wednesday, January 9, 2013

AGaR-AGaR MiLo OReO





Cantik tak agar2 aku buat tuuu :P huuuu
Sedih laa agar2 tu tak berapa nak jadi
Agar2 tu agak keras..
Pas tu bila aku letak oreo..oreo tu terapung kat atas..
Kononnya nak buat 2 warna.. tapi warna tu bercampur plak..
Jadi comot la rupenyeeeeeee
Hmmmmm
First time buat..kira ok la tuuu.. =)
Nanti aku nak cuba buat lagi..
Harap2 tak huru hara macam ni..huhuuu

*agar2 aku tak berapa jadi sebab aku tak ikut sukatan resepi tu..aku hentam jaa..haha :P



RESEPI AGAR-AGAR MILO OREO



Bahan-bahan :

1 bungkus serbuk agar-agar (10g)
750 ml air 
160 gula
1 tin susu cair (400ml)
3/4 cawan serbuk milo
1 bungkus oreo - aku buang cream, taknak buang pon takpe


Cara-cara :

Masukkan air & serbuk agar2 ke dalam periuk. Masak hingga agar2 larut
Masukkan gula & masak hingga gula larut
Masukkan susu cair, kacau sebati hingga mendidih

Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain, masukkan serbuk milo & kacau sebati. Pastikan api kecil supaya agar2 tidak membeku

Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam acuan
Apabila agar2 mengeras sedikit, tuangkan semua adunan putih.
Taburkan biskut oreo

Apabila permukaan putih tadi mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo.
Biarkan membeku seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.


 TIPS UNTUK MELAPIS :

* Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak melekat
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterusnya

* Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn baik


pic - credit to blog HomeKreation - (cantik kan agar2 tu ^_^)




2 comments:

  1. Nyum2 nampak sedapnya agar2 tu..nanti Fahz nak try buat gak la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la.. mmg sedap..lgi sedap sbb ada oreo tu =)

      Delete