Thursday, October 18, 2012

KHaSiaT BuaH


Haii..
Tengah selak-selak newspaper berita harian hari ni
Terbaca info mengenai khasiat buah
Meh aku nak kongsi khasiat2 buah betik, tembikai & pisang


BETIK


Kaya Vitamin A, kalsium dan mengandungi kandungan enzim papain untuk memecahkan protein serta digunakan bagi melembutkan daging, betik juga memudahkan penghadaman. betik mengandungi kalium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin. Jumlah kalorinya juga sangat rendah. Betik yang ranum kaya dengan vitamin C mengandungi serat tinggi. Cukup sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit.




TEMBIKAI


Mengandungi kadar kalori sangat rendah. Kaya dengan kalsium, karbohidrat, lemak, zat besi, magnesium, fosforus, potasium, protein, sodium dan gula. Kandungan potasium dalam tembikai membantu masalah tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan batu karang. Dapat meredakan simptom osteoartris, selain kaya bahan antioksidan yang dapat mengelakkan serangan kanser dan penyakit.



PISANG


Boleh dimanfaatkan daripada kulit hingga isinya. Kaya dengan vitamin, galian, gula yang menyihatkan dan karbohidrat untuk tenaga, selain rasa enak. Pisang mengandungi vitamin C dan ia bukan saja membantu sistem imunisasi, malah menggalakkan kulit sihat dan menawan. Isi dan kulit pisang sering digunakan untuk rawatan kecantikan terutama bagi menegang, melembapkan kulit muka dan menjadikan wajah lebih berseri. Pisang boleh buat anda gembira. Protein dalam pisang dikenali sebgai triptofan ditukar  kepada serotonin. Serotonin sejenis bahan mampu menghasilkan perasaan tenang, membangkitkan ragam diri dan secara keseluruhannya membuatkan anda gembira. Jika rasa kecewa, cuba nikmati pisang sambil rasakan perubahan perasaan daripada negatif kepada positif. 



credit to Newspaper Berita Harian


3 comments:

  1. Nice post. I was checking continuously this weblog and
    I'm impressed! Extremely helpful information particularly the final section :) I deal with such info much. I used to be looking for this particular information for a long time. Thank you and best of luck.
    My web site: seo company los angeles

    ReplyDelete